Quantcast
Channel: komisen affiliate – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15

Komisen 82-85 Dari Klikjer

$
0
0

Agak lewat aku update tentang jumlah komisen kat blog ini sebab sibuk dengan fotografi perkahwinan masa musim cuti sekolah ni. Memang agak padat jadual dan juga dengan kisah membela kucing. Kalau korang nak tahu, pegi le baca post pasal kucing ni ye. Komisen Klikjer pada bulan Mei 2014 mula berkurangan dan aku rasa agak tak best bila ini berlaku dan aku tahu apa sebabnya. Aku tengok pada ranking Top Affiliate pun aku lihat ada pesaing baru yang ada. Titan mengekori rapat belakang aku nampaknya dan aku harus lakukan sesuatu untuk memastikan mamat cendol ni tak dapat potong rank aku..ahaha..susah kot nak lawan sifu..:P

komisen-klikjer

Aku sentiasa menganalisis segala keyword yang hadir ke blog ini dan post-post yang aku rasa berpotensi untuk dimajukan lagi supaya dapat maintain komisen setiap bulan. Setakat ni Alhamdulillah komisen Klikjer dan juga Ashadee masih lagi dapat dan tak lupa juga dari produk-produk lain yang aku promote yang bukan dibawah dua company berkenaan. Aku malas sangat nak update pasal Ashadee sebab aku agak kurang minat nak promote affiliate Ashadee ni. Baru-baru ni Ashadee buat lagi perubahan dan memaksa mereka yang promote link affiliate mereka untuk update link masing-masing supaya tiada error akan berlaku.

Walaupun begitu, alhamdulillah dapat la lagi satu komisen hasil dari Teknik Simple yang aku buat tu..sesape yang nak beli tu, memang boleh lagi..masih lagi dibuka untuk korang beli dengan jayanya. Lagi satu atau dua pembeli rasanya..harganya bakal naik lagi ke harga RM40.00. Beli le semasa masih murah..:D

komisen-ashadee

Nasib baik la juga aku buat satu teknik dalam affiliate yang aku dah lama belajar dulu. Teknik ini memang tak ramai yang tahu. Bagi mereka yang rajin melakukan pembacaan tentang tips affiliate ni, mungkin dah tahu apa yang perlu dibuat supaya link affiliate mereka menjadi lebih unik dimata bakal pembeli yang melihat.

Blog ni pun macam dah tak selalu sangat update, nampak sangat aku mulai sibuk dengan memacam hal..ye tak? Minggu depan, domain dan juga umur blog ini genaplah setahun dan nak buat post mortem plak dari mula-mula blog ini ditubuhkan sehinggalah sekarang.

The post Komisen 82-85 Dari Klikjer appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15

Latest Images

Trending Articles